SERI KEMBANGAN: Cadangan agar pelanggan perlu bijak memilih kedai yang menawarkan harga yang lebih murah disifatkan sebagai bukan langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barangan ketika ini.
Sebaliknya, beberapa penjual dan pelanggan mendakwa, pihak berkuasa perlu mengawal harga di peringkat pemborong dan orang tengah, yang dilihat menjadi faktor utama yang mencekik mereka.
Pemilik Warisan Selera Nasi Campur, Khairul Azha Mohd Baijori, 32, berpandangan, tindakan tersebut mampu mengekang kenaikan harga barangan.
Dia yang sudah hampir 20 tahun berniaga mendakwa, kenaikan harga bahan mentah telah berlarutan sejak dua tahun lalu dan masih belum berjaya diatasi sehingga kini.
"Tetapi selepas 2020, susah nak turun harga kecuali semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maknanya permintaan itu kurang, harga baru dikurangkan. Kalau permintaan banyak, harga itu terlalu tinggi dan ia membebankan kita (peniaga) sebab nak bertahan.
"Saya berharap agar harga dapat dikawal daripada awal lagi sebelum sampai kepada peniaga sebab peniaga ini hanya (jual) produk mereka sahaja, kita ambil (bahan mentah) dan masak. Kalau dari awal lagi bahan mentah mahal, jadi tak kan nak jual murah?," katanya ketika tinjauan Astro AWANI di Sri Serdang, di sini pada Selasa.
Disebabkan peningkatan harga bahan mentah, Khairul menambah, modal harian untuk menguruskan jualannya turut terpaksa dinaikkan daripada RM1,700 kepada lebih RM2,000.
Sementara itu, peniaga nasi ayam, Hazali Ani, 66, berkata, memandangkan lokasi perniagaan terletak berdekatan kawasan institusi pendidikan, dia memilih untuk menanggung kos bagi mengelakkan kenaikan harga jualannya.
"Sesetengah pemilik kedai itu agak susah (untuk turunkan harga) kerana harga bahan mentah tidak menentu.
"Apa yang saya tahu sekarang ini limau kasturi dijual pada harga RM10.90 sekilogram dan daun sup pun satu pokok mencecah sehingga RM6. Itu harga yang tidak munasabah dan alasannya adalah kerana banjir," ujarnya yang sudah lebih 30 tahun menjalankan perniagaan nasi ayam.
Situasi sama turut menghimpit pelanggan, Zulkiflie Othman, 60, yang mengakui peningkatan harga bahan mentah menyukarkan untuk peniaga menurunkan harga, sekali gus menyebabkan pelanggan menerima tempias.
"Dalam keadaan sekarang ini kerajaan kena fikir sesuatu, tak boleh nak serah kepada rakyat. Habis kalau rakyat bertindak mengikut saluran mereka, bukankah itu sudah jadi perkara lain?
"Sekarang ini harga ikan pun mahal, kalau dulu boleh juga dapat RM8 tetapi sekarang sudah cecah antara RM16 dan RM20," kata pesara itu.
Bagi kontraktor Junaidi Puteh, 60, pula, dia berpandangan pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan tawaran yang berkualiti walaupun perkhidmatan tersebut disediakan pada harga yang lebih mahal.
"Pendapat saya kerajaan kena mengawal harga barangan, maksud saya barangan asas.
"Kedua, berkenaan (pemilihan) kedai A dan kedai B... kalau kedai A menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti, mungkin dia akan jual dengan harga lebih murah.
"Tetapi sebagai pelanggan, kita nak cari yang terbaik, sedap dan berkualiti (walaupun harganya mahal sedikit)," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 24 2023
Dari kiri Hazali Ani, Zulkiflie Othman, Khairul Azha Mohd Baijori dan Junaidi Puteh ketika ditemui Astro AWANI di sekitar Sri Serdang, Seri Kembangan, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
Parlimen: Rakyat tak panggil Madani tapi 'mahal dah ni' - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata situasi sama berlaku dalam penggunaan diesel, yang mana kumpulan terbesar yang menggunakan bahan api itu bukan datang daripada kategori 'maha kaya'.
PRK Pulai: Sukarnya hidup di bandar, dihimpit pula kenaikan harga barang
Ia bertambah pedih apabila peningkatan itu tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi.
"Kawal harga pemborong, orang tengah kalau nak turun harga"
Peniaga mendakwa kenaikan harga bahan mentah telah berlarutan sejak dua tahun lalu dan masih belum berjaya diatasi sehingga kini.